ulat sampah

Ulat sampah: dari manakah ia datang?

Sila kongsikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Apakah itu ulat sampah? Dari mana ia datang?

Ulat sampah sebenarnya merupakan larva bagi seekor lalat. Ia terhasil apabila lalat bertelur pada sesuatu tempat. Kemudian telur tersebut menetas dan mengeluarkan larva. Seterusnya larva bertukar kepada pupa sebelum ia menjadi lalat. Kadangkala, kita tidak pasti dari mana datangnya larva atau ulat sampah ini. Hakikatnya anda mungkin tidak perasan bahawa terdapat lalat di tong sampah anda. Jika anda ingin tahu, seekor lalat dapat menghasilkan sebanyak 100 biji telur pada satu masa dan telur-telur tersebut boleh menetas dalam tempoh 1 hari.

Kitaran hidup lalat

1.Seekor lalat betina mengambil masa 1 bulan untuk menjadi matang dan kemudian ia dapat menghasilkan telur sebanyak 500 ke 2000 biji pada satu peringkat dengan antara 75 hingga 150 kali.

2.Sehari selepas telur dihasilkan, larva atau ulat sampah akan keluar.

3.Jika anda melihat ulat tersebut pada saiz sepanjang 3-9 mm dan berwarna putih, maksudnya anda telah melihat ia pada peringkat permulaan kitaran. Walaubagaimanapun, ia dapat membesar sehingga 20 mm. Yeww!!

4.Kemudian larva tersebut mendapatkan makanan daripada tong sampah selama 3-5 hari. Bagi peringkat larva dan pupa, kedua-dua kitaran ini mengambil masa kira-kira 14-36 hari sebelum ia bertukar menjadi seekor lalat.

Lalat akan memilih untuk bertelur dimana-mana tempat yang selamat bagi larvanya dan boleh mendapatkan sumber makanan. Oleh sebab itulah kita selalu melihat ulat di tempat-tempat pengumpulan sampah yang mempunyai makanan yang lama dan busuk. Oleh sebab ulat sampah memerlukan untuk makan tanpa henti, maka lalat akan sentiasa menghasilkan telur pada tempat yang terdapat makanan.

Apakah jenis makanan yang disukai oleh ulat sampah?

Larva lalat suka kepada makanan seperti hasil sisa makanan, makanan yang dibuang, makanan binatang peliharaan, bangkai haiwan yang mati dan apa jua jenis daging yang busuk. Mereka makan untuk mendapatkan tenaga untuk membesar sehingga mencapai peringkat dewasa.

Bagaimana cara untuk mengelakkannya?

1.Sentiasa membersihkan tempat makan setelah makan dan jangan biarkan makan tersebut terdedah. Simpan makanan di dalam bekas yang bertutup rapat. Ikat plastik sampah dengan kemas dan buangkan sampah daripada rumah dengan kerap.

2.Sentiasa menukar makanan binatang peliharaan dan jangan campurkan makanan yang lama dengan yang baru. Pastikan makanan tersebut ditutupi apabila tidak diperlukan.

3.Bersihkan tong sampah dengan sebaiknya. Gunakan sabun pencuci jika perlu dan pastikan penutup tong sampah sentiasa tertutup rapat.

4.Jika anda memiliki binatang peliharaan, pastikan najis binatang dibersihkan dan tidak dibiarkan merata-rata.

Fakta menarik berkaitan dengan ulat sampah!

Larva lalat ini mempunyai kegunaan yang banyak antaranya:

1.Umpan yang bagus untuk menangkap ikan.

2.Digunakan dalam perubatan seperti mencuci luka yang terdapat tisu mati terutama luka yang mempunyai masalah untuk sembuh. Di dalam rawatan ini, ulat yang digunakan adalah bukan yang diambil daripada sampah. Tetapi ulat yang dibiakkan secara bersih daripada makmal

3.Berguna kepada ahli forensik untuk mengira berapa lama masa kematian.

Sumber: dengarden

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *