demam denggi

Tanda tanda Demam Denggi dan Rawatan

Sila kongsikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Demam denggi adalah demam yang akan menyebabkan pelbagai simptom seperti sakit sendi, sakit kepala, muntah-muntah dan cirit birit. Demam ini disebabkan jangkitan virus yang dipanggil sebagai virus denggi. Di Malaysia, penyakit ini telah menjadi sesuatu yang sinonim terutamanya di masyarakat banda. Ini kerana nyamuk yang membawa virus ini iaitu nyamuk aedes lebih suka tinggal dibahagian bandar kerana habitatnya yang sesuai.

Penyakit ini saban tahun akan menyebabkan kematian dan juga komplikasi seperti jangkitan kuman dibahagian otak. Penyakit ini selalunya berlaku dikawasan tropika.

Apakah tanda tanda demam denggi?

Selalunya pesakit akan mengalami demam setelah satu hingga ke dua minggu terdedah kepada jangkitan nyamuk aedes yang membawa virus denggi.

Tanda tanda demam denggi adalah:

  • Demam yang tinggi dan berterusan
  • Sakit kepala
  • Sakit-sakit badan
  • Sakit belakang mata
  • Sakit otot dan sakit sendi
  • Muntah
  • Cirit birit
  • Ruam pada badan

Kadang-kadang simptom tersebut tidak terlalu teruk hingga menyebabkan ramai dikalangan perawat kesihatan merasakan ia disebabkan jangkitan virus lain.

Kanak-kanak yang baru sahaja menghadapi jangkitan ini selalunya tidak menyebabkan simptom yang teruk berbanding dengan mereka yang telah dewasa dan pernah menghadapi demam denggi.

Demam denggi boleh menjadi teruk hingga menyebabkan pendarahan di seluruh bandan dan juga jangkitan kuman di bahagian otak.

Pesakit yang mengalami masalah sistem imun dan juga pernah mengalami demam denggi sebelum ini selalunya akan menghidapi demam denggi yang lebih teruk

Cara mengesan demam denggi

Demam ini boleh di kesan dengan cara yang mudah iaitu dengan mengambil darah. Selalunya darah pesakit akan diambil untuk dilihat bilangan sel darah putih, bilangan platlet dan juga kepekatan darah.

Jika bilangan sel darah putih dan platlet rendah, selalunya doktor akan teruskan dengan ujian yang bernama ‘Dengue Rapid test’ untuk mengesan kehadiran virus di dalam darah.

Apakah rawatan demam denggi yang boleh diberikan?

Tiada lagi rawatan spesifik untuk penyembuhan denggi. Selalunya para doktor akan memberikan air kepada pesakit hinggalah pesakit sembuh dengan sendirinya.

Di rumah, pesakit perlulah mengambil air dengan lebih kerap untuk mengelakkan diri dari kekeringan. Pesakit yang mengalami dehidrasi akan memudahkan pendarahan untuk berlaku di dalam badan.

Cara untuk mengelak dari terkena demam denggi

Tiada lagi vaksin yang benar-benar berkesan untuk mengelakkan denggi. Cara yang paling efektif untuk mengelakkan penyakit ini adalah dengan mengelakkan diri daripada gigitan nyamuk.

Untuk melindungi diri anda:

  • Elakkan daripada pergi ke kawasan wabak
  • Sentiasa membawa ‘insect repellant’
  • Bila diluar, gunakan baju berlengan panjang
  • Sentiasa perhatikan tingkap dan pintu tidak mempunyai lubang yang akan membenarkan nyamuk masuk

Masyarakat juga dinasihati untuk sentiasa melakukan gotong royong bagi membersihkan kawasan rumah. Ia penting untuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk tersebut.

Rujukan:

  1. CDC: “Dengue: Frequently Asked Questions.”
  2. CDC: “Dengue: Prevention.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *