solat sunat witir

Solat Sunat Witir: Cara Melakukan. Niat dan Doa

Sila kongsikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Solat Sunat Witir merupakan salah satu solat yang sunat yang ditekankan untuk dilakukan untuk mengakhiri ibadah malam. Ia dikira sebagai pelengkap kepada amal ibadat yang telah dibuat pada hari tersebut.

Sebagaimana sesuatu ucapan itu adanya salam, pengenalan mukadimah dan sebagainya. Sudah tentu ucapan tersebut adanya penutup. Maka, penutup bagi sesuatu ibadah adalah dengan melakukan solat sunat witir.

Hukum sunat bagi solat ini adalah sunat muakadah iaitu salah satu solat sunat yang sangat ditekankan untuk dilakukan kerana Nabi SAW sangat suka untuk melakukan ibadah tersebut.

Terdapat riwayat yang menyatakan Nabi SAW tidak pernah meninggalkan solat sunat witir.

Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang tidak melakukan solat Witir, maka dia bukan termasuk golongan kami (Sunan Ahmad dan Abu Daud)

Rakaat untuk solat sunat Witir

Witir bermaksud bilangan yang ganjil. Dalam solat sunat ini, rakaat yang perlu dilakukan tidak sama dengan solat sunat yang lain yang melibatkan nombor yang genap. Tetapi Solat sunat witir diarahkan untuk menunaikannya dengan bilangan rakaat yang ganjil seperti 3,5 dan 7.

Witir Sebagai penutup Ibadah

Solat Sunat witir boleh dilakukan selepas sembahyang isyak hinggalah terbitnya fajar iaitu sebelum masuk waktu subuh. Ia dilakukan sebagai penutup ibadah pada ketika itu.

Melakukan solat witir bukan bermaksud selepas daripada itu tidak dibenarkan melakukan ibadah lain ataupun ibadah selepas itu tidak diterima oleh Allah SWT. Tetapi ia sebagai penutup untuk menyempurnakan ibadah kita ketika hendak dipersembahkan kepada tuhan yang maha esa.

Selalunya solat ini dilakukan selepas solat sunat tahajud. Tetapi jika anda merasakan yang anda tidak akan mampu bangun tahajud, anda boleh sahaja melakukan solat sunat tersebut sebelum tidur ataupun selepas solat isyak.

Cara melakukan Solat Sunat Witir

Seperti di atas, solat sunat witir dilakukan mengikut bilangan rakaat yang ganjil. Jika hendak melakukan 1 rakaat pun, solat tersebut masih sah. Cuma selalunya nabi melakukan lebih daripada itu iaitu sama ada 3 rakaat ataupun lebih.

Jika ia dilakukan dengan bilangan 3 rakaat. Maka, anda perlu melakukan 2 rakaat terlebih dahulu dengan salam. Kemudian, solat lagi satu rakaat dengan salam. Kiranya, 3 rakaat tersebut mempunyai 2 salam.

Niat Solat sunat witir

Niat solat sunat witir dengan dua rakaat:

اُصَلِّى سُنًّةَ الْوِتْرِرَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى

Ertinya: Aku solat sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala.

Niat solat sunat witir dengan satu rakaat

اُصَلِّى سُنًّةَ الْوِتْرِرَكْعَةً  ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya: Aku solat sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan ketika solat witir

Rakaat pertama: Wajib baca surah al-fatihah. Kemudian di sambung dengan surah al-A’la.

Rakaat kedua: Selepas baca surah al-Fatihah, digalakkan untuk baca surah al-Kafirun.

Rakaat ketiga: Setelah baca surah al-Fatihah, digalakkan baca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan Surah An-Nas.

Tiada masalah jika ingin membaca surah lain selain daripada surah yang disyorkan di atas.

Doa yang dibacakan selepas Witir

Ertinya:
Maha suci Allah kami pohon kepadaMu keimanan yang kekal, kami pohon kepadaMu hati yang khusyuk, kami pohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, kami pohon kepadaMu jadikan keyakinan kami pada kebenaran, kami pohon kepadaMu agar kami beramal soleh, kami pohon kepadaMu kemantapan beragama, kami pohon kepadaMu kebaikan yang banyak, kami pohon kepadaMu keampunan dan kesihatan, kami pohon kepadaMu kesenangan yang sempurna, kami pohon kepadaMu agar kami bersyukur di atas kesenangan tersebut, kami mohon kepadaMu kecukupan dalam kehidupan.

Maha suci Allah Tuhan kami, Kau terimalah solat kami, puasa kami, kedudukan amalan kami, kekhusyukan kami kepadaMu, ketundukan kami kepadaMu Ya Allah Yang Maha Mengasihi (hamba-hambaNya) yang punya rasa mengasihi. Anugerah Allah lah ke atas kebaikan makhlukNya Muhammad serta ahli keluarganya juga sahabat-sahabatnya sekalian dan segala puji itu hanya bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

Soalan:

Bolehkah melakukan solat sunat selepas melakukan solat sunat witir?

Selalunya dibulan puasa, setelah solat sunat tarawih mesti kita akan akhirinya dengan solat sunat witir. Disebabkan solat witir dikira sebagai penutup ibadah, ramai bertanyakan adakah selepas daripada itu tidak boleh melakukan sebarang solat sunat.

Jawapannya masih boleh melakukan solat sunat yang lain. Akan; tetapi dilarang untuk melakukan solat sunat witir semula ini kerana Nabi SAW pernah bersabda: “Tidak ada dua witir pada satu malam”(Riwayat Ahmad).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *