Solat Sunat Taubat: Cara melakukan, niat dan kelebihan

Sila kongsikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jika seseorang hamba itu melakukan dosa, ia wajib bertaubat daripada melakukan dosa tersebut. Salah satu caranya adalah dengan melakukan solat sunat taubat.

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ

“Allah cinta kepada golongan yang selalu bertaubat dan mensucikan dirinya.” (QS. Al Baqarah: 222)

وَإِنِّى لَغَفَّارٌۭ لِّمَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ صَٰلِحًۭا ثُمَّ ٱهْتَدَىٰ

“Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh, kemudian tetap di jalan yang benar..” (QS. At Tohaa: 82)

Disebabkan rahmat Allah yang maha luas inilah juga yang membuatkan Allah masih sanggup menerima taubat seseorang walaupun dia telah melakukan pelbagai jenis dosa. Ini kerana Allah adalah pemilik dunia ini dan sang penguasa. Allah tahu bahawa hambanya lemah dan sering melakukan dosa. Sebab itulah Allah membuka pintu taubat selagi mana dunia belum kiamat ataupun nyawa sudah sampai di kerongkong.

Bahkan Baginda SAW yang maksum dan terpelihara dari dosa juga mengucapkan kalimah istighfar untuk meminta ampun kepada Allah, apatah lagi kita yang banyak dosa ini, lagilah perlu selalu meminta ampun dari Allah SWT

Rasulullah SAW bersabda:

(( يَاأَيُّهَا النَّاسُ تُوْبُوْا إِلَى اللهِ وَاسْتَغْفِرُوْهُ فَإِنِّيْ أَتُوْبُ فِيْ اليَوْمِ مِائَةَ مَرَّةٍ )) رواه مسلم.

“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.” (HR. Muslim).

Maka, bertaubatlah kita.

Kelebihan Solat sunat taubat

Terdapat beberapa kelebihan bila melakukan solat sunat taubat. Kelebihan tersebut adalah

  1. Taubat diterima dan dosa diampunkan oleh Allah SWT
  2. Kehidupan lebih baraqah dan segala urusan dipermudahkan.
  3. Mencegah dosa dari berulang
  4. Menjadikan hati lebih tenang
  5. Memudahkan diri untuk menambah ibadah yang lain

Waktu Solat Sunat taubat

Solat sunat taubat ini adalah lebih afdhal untuk dilakukan ditengah malam kerana keadaan tengah malam yang sunyi dan boleh bersendirian dengan tuhan. Ia juga akan membuatkan kita lebih menumpukan perhatian kepada solat tersebut jesteru menambah rasa kesal dalam perbuatan dosa kita.

Tetapi jika tidak mampu buat di tengah malam, boleh sahaja buat bila-bila masa kecuali selepas solat subuh ataupun solat asar.

Berapa Rakaat?

Bilangan rakaat solat ini boleh dilakukan terpulang kepada pelaku solat. Tetapi ia perlulah pada gandaan 2 seperti 2 rakaat, 4 rakaat ataupun 6 rakaat.

Salam perlulah diberi setiap 2 rakaat.

Cara dan langkah solat sunat taubat

1. Niat

Solat ini perlulah dimulakan dengan niat terlebih dahulu sama seperti solat ataupun ibadat yang lain.

niat solat sunat taubat

Ertinya: Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala

2. Bacaan surah

Pada rakaat pertama, wajib membaca surah al-fatihah diikuti dengan mana-mana surah di dalam al-quran. Boleh juga membaca surah al-kafirun jika hendak lebih mudah

Pada rakaat kedua, wajib membaca surah al fatihah juga sama seperti solat lain dan diikuti dengan mana-mana surah di dalam al-quran. Hendak lebih mudah, bacalah surah al-ikhlas

3. Wirid selepas solat taubat

Selepas solat sunat taubat, kita disunatkan untuk melakukan wirid terutamanya wirid untuk memohon ampun dari Allah SWT. Boleh ikuti bacaan ini.

Selepas itu, berdoalah kepada Allah SWT untuk diampun dengan sebesar keampunan. Semoga kita menjadi seorang pendosa yang sentiasa bertaubat kepada Allah SWT. Setelah itu, bacalah doa selepas solat seperti biasa.

Rujukan: Muftiwp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *