Solat Sunat Istikharah: Cara Melakukan,Niat dan Doa

Sila kongsikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Seseorang yang berada di dalam dilema dan tidak tahu manakah pilihan yang tepat, maka dia disunatkan untuk meminta pertolongan dan petunjuk dari Allah SWT. Ibadah yang disunatkan untuk dibuat adalah solat sunat istikharah dimana solat tersebut dibuat bertujuan untuk mendapatkan petunjuk dari Allah SWT.

Apa yang dikehendaki daripada solat tersebut adalah untuk kita diberi kemantapan hati dan pilihan tersebut adalah pilihan dari Allah SWT. Setelah itu perlulah kita berazam dan kemudian bertawakal kepada Allah SWT. Insyallah setiap ketetapan yang diberi oleh Allah SWT adalah baik di sisinya dan juga pada diri kita.

Perlu diingatkan bahawa solat sunat istikharah bukan sahaja dilakukan untuk memilih sama ada calon isteri ataupun calon suami kita benar-benar sesuai untuk diri kita. Tetapi ia boleh dilakukan untuk membuat pilihan bagi apa-apa jenis permasalahan sebagai contoh ketika ingin memilih pekerjaan, ketika ingin memilih rumah yang ingin dibeli dan sebagainya.

Langkah dan Cara solat sunat istikharah

Solat ini adalah lebih afdhal untuk dilakukan pada waktu malam kerana pada ketika itu kita lebih fokus untuk bermunajat kepada Allah SWT. Ia boleh dilakukan sama seperti solat fardhu subuh iaitu mengandungi dua rakaat.

1. Niat solat sunat istikharah

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat istikharah kerana Allah Taala

2. Bacaan surah yang dianjurkan

Rakaat pertama: Boleh baca surah Al-Kafirun (sekali) ataupun mana-mana surah
Rakaat kedua: Boleh baca surah Al-ikhlas(sekali) ataupun mana-mana surah

3. Pada sujud yang terakhir, disunatkan untuk baca tasbih dibawah sebanyak 40 kali.

tasbih solat sunat istikharah

Maksudnya: Mahasuci Engkau yang tiada ilmu bagi kami apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

4. Pada sujud tersebut juga, mintalah petunjuk yang betul dari Allah SWT dalam membuat pilihan yang paling baik bagi diri kita.

5. Setelah memberi salam, selawatlah kepada Nabi SAW dan para sahabat baginda dan mohonlah kepada Allah SWT supaya diberi petunjuk untuk memilih dengan pilihan yang tepat.

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan…) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan…) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”

Jika ingin membaca doa selepas solat seperti biasa pun diperbolehkan dan diikuti dengan permintaan kita untuk diberi petunjuk.

6. Doa tersebut hendaklah dilakukan sebaiknya sebanyak tiga kali. Andai kata tidak sempat, sekali pun diperbolehkan.

7. Jika masih tidak dapat kemantapan hati, lakukanlah solat ini beberapa hari sehingga mendapat petunjuk ataupun hati sudah merasa tenang dengan satu-satu pilihan.

Perlu diingatkan bahawa tidak semestinya perlu mendapat alamat daripada mimpi terlebih dahulu baru itu dikatakan alamat ataupun petunjuk dari Allah SWT. Cukup dengan kita rasa lebih cenderung kepada satu-satu pilihan itu pun sudah dikira sebagai petunjuk dari Allah SWT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *