Solat sunat hajat: Cara melakukan, Niat dan Doa

Sila kongsikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Seseorang yang berhajat tidak dapat tidak perlulah meminta pada Rabbnya. Salah satu cara yang afdhal adalah dengan melakukan solat sunat hajat. Ia dilakukan bagi memohon pertolongan daripada Allah SWT agar hajatnya dapat ditunaikan ataupun masalahnya dapat diangkat pada dirinya.

Akan tetapi, perkara tersebut perlulah disertai dengan usaha yang gigih berserta keazaman yang kuat disamping perlunya bertawakal kepada Allah SWT

Solat ini mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana pada sujud akhir solat hajat, muslim yang menunaikan solat tersebut perlulah memuji Allah SWT dengan banyak pujian dan menghajat apa yang di dalam hatinya dapat ditunaikan oleh Allah SWT. Diingatkan tidak boleh berdoa di dalam bahasa melayu ketika sujud kerana ia boleh membatalkan sembahyang tersebut.

Solat ini boleh didirikan sebanyak 2 rakaat sehingga 12 rakaat. Setiap daripada 2 rakaat perlulah diberi salah. Seusai menunaikan solat ini, muslim tersebut perlulah berdoa lagi sekali agar hajat dan permintaannya dikabulkan oleh Allah SWT. Mintalah dengan merendah diri kerana rendahnya diri seseorang dihadapan Allah SWT adalah bukti ketinggian darjatnya disisi Allah SWT.

Kelebihan melakukan solat sunat hajat

Terdapat beberapa kelebihan yang kita boleh dapatkan apabila kita melakukan solat sunat ini. Ia adalah:

  1. Akan diangkat bebanan yang membebankan diri kita kerana masalah ataupun hajat tersebut telah kita berikan kepada Allah SWT yang maha kuasa
  2. Menjadi tenang
  3. Akan tumbuh sifat tawakal pada diri
  4. Permohonan pasti akan dimakbulkan oleh Allah SWT dalam pelbagai perkara. Sama ada hajat tersebut tertunai ataupun tidak, apa yang Allah beri itu adalah yang paling baik bagi diri kita.

Cara melakukan Solat Sunat Hajat

Solat sunat hajat dilakukan sama sahaja seperti solat yang biasa dengan memenuhi 13 rukun solat yang telah disyariatkan pada kita.

1. Niat

niat solat sunat hajat

Maksudnya: Sahaja aku Solat Sunat Hajat 2 rakaat kerana Allah Taala

2. Baca Surah Al-Fatihah

3. Bacaan selepas al-Fatihah

Rakaat yang pertama: Boleh dibaca surah al-Kafirun / Ayat Kursi(sekali atau 11 kali) ataupun mana-mana surah di dalam al-quran

Rakaat yang kedua: Boleh baca surah al-ikhlas(Sekali atau 11 kali) ataupun mana-mana surah di dalam al-quran

4. Tasbih dan wirid selepas selesai solat sunat hajat

Selepas habis solat sunat hajat, puji dan sucikanlah Allah SWT supaya Dia mendengar rintihan kita.

Anda boleh membaca tasbih ini sebanyak 41 kali

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Kau (Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku ini dari golongan orang zalim.

atau tasbih ini sebanyak sekali bacaan

Istighfar (10/100 kali)

Maksudnya: Ampunilah aku yang Allah Tuhanku daripada segala dosa dan aku bertaubat dan aku bertaubat kepadaNya

Zikir

Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu utusan Allah

Selawat

Maksudnya: Wahai Allah, Sejahterakanlah ke atas Saidina Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Nabi Muhammad SAW

5. Doa

Berdoalah kepada Allah SWT dan pohonlah hajat daripadanya agar ia dimakbulkan oleh Allah SWT.

Anda juga boleh mengikuti panduan doa ini.

Anda juga boleh membaca doa selepas solat seperti biasa dan diikuti doa meminta untuk hajat dikabulkan.

 

Rujukan: Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *