Cara Solat Sunat Khusuf (Solat sunat Gerhana bulan)

Sila kongsikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Fenomena gerhana bulan ini bukanlah fenoma yang selalu berlaku. Ia berlaku ketika mana Bulan berada dalam Fasa Pernam(Iaitu bulan penuh) sahaja. Ketika ini, Matahari, bumi dan bulan berada dalam satu garisan yang lurus. Perkara ini jarang berlaku dan menyebabkan ia menjadi salah satu tanda kebesaran Allah SWT kepada kita. Oleh disebabkan itu, Allah meminta kita untuk melakukan satu ibadat sunat ketika keadaan itu berlaku.Dan salah satu ibadah tersebut adalah solat sunat gerhana bulan.

Solat sunat gerhana bulan merupakan salah satu ibadat sunat yang ditekankan untuk dilakukan(sunat muakad) ketika berlakunya kejadian tersebut. Sudah tentu ia mempunyai kaifiat (cara-cara) yang betul untuk semua kita patuhi agar ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Hukum Solat Gerhana

Hukumnya adalah Sunat muakkad iaitu ibadah sunat yang sangat ditekankan untuk umat islam melakukannya

Ia boleh dilakukan secara bersendirian di rumah

Dalil tentang ibadah solat sunat gerhana

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kelahirannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta solatlah”

Kaifiat(cara) Solat Sunat Gerhana Bulan

Perlu diketahui bahawa perlu menjaharkan bacaan (Menguatkan suara) ketika membaca surah al-fatihah dan juga surah pilihan. Solat ini dilakukan sebanyak dua rakaat dan setiap rakaat mempunyai 2 kali rukuk

Tidak perlu Iqamah ketika melakukan solat. Cukup dengan mengatakan As-solatu Jami’ah ataupun Innas Solata Jami’ah

Imam Syafie rahimahullah berkata: Tidak ada laungan azan untuk solat Gerhana, solat hari raya, dan semua solat yang bukan solat fardu. Aku lebih menyukai imam agar memerintahkan seseorang meneriakkan as-solatu jami’ah. Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm Fi al-Fiqh karya Abu Abdullah Muhammad bin Idris Syafie, jil. 1, ms. 344-345.

Cara solat Sunat Gerhana Bulan

1. Niat solat sunat gerhana bulan

niat solat sunat gerhana bulan

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat gerhana bulan 2 rakaat kerana Allah Taala

2. Dilaksanakan dalam 2 rakaat dan setiap rakaat mempunyai dua kali rukuk.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Takbiratul ihram berserta niat
  2. Membaca surah al-Fatihah
  3. Membaca surah al-Nisa’ (atau mana-mana surah)
  4. Ruku’ dan membaca tasbih
  5. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  6. Membaca surah al-Maidah (atau mana-mana surah)
  7. Ruku dan membaca tasbih
  8. Iktidal
  9. Sujud dan membaca tasbih
  10. Duduk antara dua sujud
  11. Sujud kembali
  12. Berdiri untuk rakaat kedua
  13. ***Melakukan seperti Rakaat yang pertama sehinggalah sujud
  14. Membaca tasyahud akhir
  15. Memberi salam
  16. Membaca khutbah selepas solat sama seperti solat sunat aidilfitri(Hukumnya adalah sunat)

Kesimpulan

Gerhana bulan dan matahari merupakan salah satu kejadian dan kebesaran yang Allah perlihatkan kepada kita iaitu ketika mana bulan dan matahari tersebut hilang cahayanya. Sudah tentu pada ketika itu manusia akan risau dan ketakutan kerana cahaya sangat diperlukan oleh kehidupan di muka bumi.

Maka, Allah menghilangkannya seketika untuk mengambarkan supaya manusia perlu rasa bersyukur kerana Allah bila-bila masa sahaja boleh menghilangkan cahaya tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *