puntung rokok

Puntung rokok pencemar laut lebih banyak daripada straw!

Sila kongsikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sebelum ini kita mendengar berita viral bahawa straw minuman menjadi penyumbang sisa buangan terburuk di lautan. Walaupun begitu, sisa buangan straw didapati hanya menyumbang 0.02 peratus sisa laut. Terdapat objek lain yang lebih besar menyumbang kepada pencemaran laut. Ia adalah puntung rokok!

Puntung rokok pencemar terbesar

Menurut laporan daripada NBC News, puntung rokok merupakan objek pencemar yang paling banyak didapati di lautan disebabkan oleh sikap manusia yang membuang puntung rokok sesuka hati.

Bahagian yang sering dijumpai adalah bahagian penapis rokok (pangkal hujung rokok). Secara purata, terdapat kira-kira 5.6 trilion penapis rokok (dua pertiga daripadanya dibuang secara tidak bertanggungjawab) yang dibuat di seluruh dunia setiap tahun. Kandungannya terdiri daripada selulosa asetat, yang boleh mengambil lebih daripada satu dekad untuk mengurai. Selain itu, puntung rokok juga mempunyai kandungan bahan kimia dan logam berat yang amat bahaya kepada  hidupan laut. Sejak tahun 1986, hujung pangkal rokok ini telah menjadi objek paling banyak dikumpulkan daripada pantai laut, dengan kira-kira 60 juta puntung ditemui dalam tempoh 32 tahun.

Bahagian penapis rokok ini dicipta pada pertengahan tahun 1900-an untuk mengurangkan masalah kesihatan daripada rokok, tetapi kini telam menjadi masalah besar. Pada tahun 2011, kajian oleh Profesor Novotny, profesor kesihatan awam di San Diego State University, mendapati bahawa amat sukar untuk menjadikan perokok untuk berhenti memetik hujung rokok. Kempen anti buang sampah merata-rata terutama puntung rokok dengan penyediaan bekas pembuangan puntung rokok juga didapati tidak berjaya.

Usaha-usaha ke arah mengatasi pencemaran

Di Amerika Syarikat, terdapat percubaan untuk mengatasi masalah pembuangan puntung rokok. Ia seperti meluluskan undang-undang mengharamkan pembuatan bahagian penapis rokok. Selain itu, kos kotak rokok juga dinaikkan serta digunakan sebagai dana bagi kerja pembersihan.

Oleh itu jika sebatang straw minuman sahaja anda mampu untuk menghindarinya demi menyelamatkan alam sekitar, apatah lagi objek-objek lain terutamanya puntung rokok!

Sumber: IFL Science

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *