potong bawang

Potong bawang boleh membuatkan anda menangis?

Sila kongsikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Memotong bawang boleh menyebabkan air mata anda mengalir. Ini kerana terdapat tindak balas kimia dalam bawang yang dipanggil sebagai ‘lachrymatory factor’ atau LF yang dapat mengganggu mata kita. Mengupas bawang sahaja tidak dapat membuatkan mata anda berair. Namun, jika anda membelah, menghiris dan menghancurkan bawang boleh menyebabkan anda menangis.

‘Lachrymatory factor’ (LF) menjadi satu mekanisme pertahanan yang dapat melindungi bawang daripada gangguan mikrob, haiwan dan manusia. Mekanisme ini boleh menyebabkan kerengsaan mata. Namun, demi mendapatkan rasa masakan yang enak, kita telah belajar untuk menanggung kepedihan mata saat menghirisnya.

Struktur bawang

Dalam sel kukuh yang terdapat pada bawang, terdapat molekul yang dipanggil asid sulfenik yang mengalir disekitar bahagian yang berair. Terdapat juga kantung kecil yang dipanggil vakul, terapung di sitoplasma yang mana ia mengandungi protein alliinase. Ia seolah-olah seperti tentera yang sedang siap sedia diproses untuk bertindak. Gabungan antara molekul dan protein ini boleh menjadi tentera yang berbahaya yang mempunyai senjata gas pemedih mata.

Kesan mata pedih

Ada sesetengah orang dapat mengalirkan air mata yang lebih banyak berbanding orang lain semasa memotong bawang. Namun terdapat juga yang mampu bertahan daripada mengeluarkan air mata berbanding orang lain. Menurut Dr. Golczak, seorang ahli biokimia, kesan yang berbeza ini mungkin bergantung kepada kesegaran, kuantiti kandungan LF atau mutasi yang mengubah aktiviti LF.

Ada cara untuk mengelakkan kepedihan potong bawang?

Di Jepun, seorang saintis telah menghasilkan bawang yang tidak menyebabkan ‘menangis’. Namun, pengubahan ini telah menghapuskan rasa asli bawang.

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan kepedihan mata. Antaranya adalah dengan meletakkan bawang di dalam peti sejuk sebelum anda memotongnya atau rendamkan ia dalam air semasa memotong. Dengan merendahkan suhu, dapat melemahkan tindak balas dan penghasilan LF. Dalam air, gas LF akan dilarutkan dan menjadi kurang menyengat. Namun demikian, teknik-teknik ini dapat mengubah rasa bawang. Oleh itu, bagi pencinta bawang, mahu tidak mahu anda terpaksa menangis demi mendapatkan rasa istimewa dalam masakan.

Sumber: Scientific Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *