pil gula

Pil gula mungkin akan digunakan untuk pesakit kronik?

Sila kongsikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Para pengamal perubatan mungkin akan memberikan pil gula untuk pesakit bagi penyakit kronik tertentu berdasarkan anatomi dan psikologi otak mereka. Menurut kajian terbaru, pil gula akan mengurangkan kesakitan mereka seperti mana-mana ubat yang kuat di pasaran.

Kajian pil gula terhadap pesakit kronik

Ahli saintis daripada Northwestern (Evanston, USA) telah menunjukkan bahawa pesakit yang mempunyai penyakit kronik akan memberikan respon terhadap pil plasebo gula berdasarkan anatomi otak dan ciri-ciri psikologi.

“Otak mereka sudah sedia untuk merespon. Mereka mempunyai psikologi dan biologi yang sesuai yang meletakkan mereka dalam keadaan kognitif yang mana apabila anda berkata, ‘ini boleh membuat kesakitan anda menjadi kurang,’ dan rasa sakit mereka akan menjadi lebih baik.”,” kata pengkaji kanan A. Vania Apkarian, profesor fisiologi di Sekolah Perubatan Feinberg University Northwestern.

Menurut Apkarian lagi, ‚ÄúTidak perlu menipu pesakit, anda boleh memberitahu mereka, ‘Saya memberi anda ubat yang tidak mempunyai kesan fisiologi tetapi otak anda akan memberi respon terhadapnya,'” katanya. “Anda tidak perlu menyembunyikannya. Terdapat biologi di sebalik tindak balas plasebo.

Kajian ini telah diterbitkan dalam Nature Communications (https://doi.org/10.1038/s41467-018-05859-1).

Manfaat penemuan kajian

Penemuan kajian ini mempunyai tiga manfaat:

1. Dapat memberi preskripsi dadah tidak aktif disamping dadah aktif.

“Adalah lebih baik memberikan seseorang ubat bukan aktif berbanding ubat aktif dengan mendapat hasil yang sama,” kata Apkarian. “Kebanyakan rawatan farmakologi mempunyai kesan buruk jangka panjang atau menyebabkan ketagihan. Plasebo menjadi satu pilihan baik untuk rawatan seperti ubat lain yang ada di pasaran. “

2. Memudahkan pengendalian ujian saringan dadah.

3. Mengurangkan kos rawatan kesihatan.

Bagaimana kajian ini dijalankan?

Kira-kira sebanyak 60 pesakit sakit belakang kronik telah dipilih secara rawak ke dalam dua bahagian kajian. Dalam bahagian pertama, subjek tidak tahu sama ada mereka mendapat dadah atau plasebo. Penyelidik tidak mengkaji orang yang mendapat dadah yang sebenar. Dalam bahagian kedua, ia merangkumi orang yang datang ke klinik tetapi tidak mendapat plasebo atau dadah. Mereka adalah kumpulan kawalan.

Individu yang sakitnya berkurangan setelah mengambil pil gula mempunyai anatomi otak yang sama dan ciri-ciri psikologi yang sama. Bahagian kanan otak kawalan emosi mereka lebih besar dari sebelah kiri, dan mereka mempunyai kawasan sensori kortikal yang lebih besar daripada individu yang tidak responsif kepada plasebo. Responden plasebo sakit kronik juga adalah sedar diri secara emosional, sensitif terhadap kesakitan dan mampu berfikir tentang persekitaran mereka.

Sumber: Scientific Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *