Manfaat memelihara binatang terhadap perkembangan kanak-kanak

Sila kongsikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Apakah manfaat memelihara binatang terhadap perkembangan kanak-kanak?

Jika anda mempunyai pengalaman membesar bersama keluarga yang sukakan binatang peliharaan, anda mungkin sukar melupakan setiap pengalaman bersama dengan binatang peliharaan tersebut. Kebanyakkan orang yang mempunyai pengalaman memelihara binatang sewaktu kecil akan dapat menceritakan kembali suasana bagaimana memelihara binatang kesayangan mereka, bermain dan sebagainya.

Kajian menunjukkan bahawa pengalaman-pengalaman tersebut dapat membantu kanak-kanak membina nilai-nilai positif dalam diri mereka. Interaksi dengan haiwan sebenarnya dapat membantu kanak-kanak dalam memperbaiki cara berinteraksi sosial dengan kanak-kanak yang lain terutama bagi kanak-kanak yang kurang upaya atau kanak-kanak yang mempunyai trauma.

Walaupun memiliki binatang peliharaan adalah sesuatu yang menggembirakan, terdapat banyak aspek yang perlu diperhatikan sebelum mengambil keputusan untuk memelihara binatang kesayangan. Terdapat juga alternatif lain kepada memelihara binatang jika anda mahu anak anda memiliki pengalaman bersama dengan binatang namun tidak mahu memelihara binatang di rumah. Karakter dan perkembangan psikologi anak anda yang terbina daripada interaksi dengan haiwan akan memberikan kesan kepada aspek kehidupan anak anda.

Memilih binatang peliharaan atau alternatif kepada binatang peliharaan

Melakukan kajian sebelum memilih binatang peliharaan amatlah penting sebelum membawa ia masuk ke rumah anda. Sebagai contoh, adakah anda mengetahui bahawa kura-kura kotak (box turtle) boleh hidup sehingga umur 120 tahun?. Kebanyakkan burung kakak tua boleh mengeluarkan suara yang kuat melebihi 100 desibel standing dengan mesin pemotong rumput!. Atau mungkin juga bulu pada kucing menyebabkan alahan bagi anak anda?.

Perlu diperhatikan juga tentang bagaimana sikap anak anda terhadap binatang, gaya hidup keluarga, ruang untuk peliharaan, peruntukan untuk penjagaan, masa dan bagaimana susun atur tugasan penjagaan sebelum membawa haiwan peliharaan ke rumah.

Alternatif lain kepada memelihara binatang adalah mewujudkan taman kecil atau pokok yang ditanam sendiri oleh anak anda yang mana ia juga dapat melatih anak anda cara berinteraksi dengan hidupan lain. Kaedah lain yang boleh dipraktikkan adalah permainan yang berbentuk binatang seperti robot atau mainan fabrik yang seolah-olah anak anda perlu menjaganya dan memberi makan.

Anda juga boleh membawa anak anda ke tempat-tempat pemeliharaan binatang seperti zoo yang menyediakan aktiviti interaksi dengan haiwan seperti memberi makan, mengusap dan lain-lain. Memerhatikan haiwan di zoo atau akuarium diberi makan, dimandikan atau dilatih juga dapat membantu anak anda memahami bagaimana hak manusia terhadap binatang/hidupan lain.

Kelebihan memelihara binatang kesayangan

1. Kanak-kanak dapat menghargai hidupan lain dengan mengetahui bagaimana cara untuk memelihara dan menjaga dengan baik.

2. Menimbulkan rasa belas kasihan dengan mengelakkan penderaan.

3. Memupuk rasa tanggungjawab.

4. Menambah ilmu pengetahuan mengenai binatang & cara mengendalikannya.

5. Meningkatkan rasa harga diri.

6. Mengelakkan rasa takut dengan binatang.

7. Memberikan pengalaman yang bermakna dalam kehidupan.

Terdapat kajian membuktikan bahawa ciri-ciri sosial dan interaksi bersama rakan-rakan lain bagi kanak-kanak autisme (ASD) akan lebih terserlah apabila diletakkan binatang bersama berbanding diletakkan permainan bersama. Ciri-ciri ini termasuklah bertutur, melihat wajah, sentuhan fizikal, ketawa dan senyum. Penyelidik juga menemukan bahawa kanak-kanak yang pernah mengalami penderaan daripada keluarga juga boleh menerima kestabilan emosi apabila berinteraksi dengan haiwan.

Sumber: Think Fun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *