Makanan pedas boleh menyebabkan ketagihan?

Sila kongsikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Makanan pedas boleh menyebabkan ketagihan?

Tidaklah sempurna sebungkus nasi lemak jika tidak mempunyai sambal yang berapi pedasnya. Begitu juga hidangan nasi putih bersama kuah kari tidak lengkap tampa sambal belacan. Hidangan seperti ini akan membuatkan anda menambah nasi berpinggan-pinggan. Walaupun kepedasan sambal mampu membakar lidah anda, namun ia tidak dapat menghalang anda untuk menikmatinya berkali-kali tanpa jemu. Percaya atau tidak, kepedasan makanan lah yang menyebabkan anda merasa ketagih.

Apakah yang menyebabkan makanan terasa pedas?

Jika gula menghasilkan rasa manis dan limau menghasilkan rasa masam, namun kepedasan bukanlah sesuatu rasa tetapi ia merupakan ‘kepanasan’ yang berlaku dalam mulut anda. Tunas rasa tidak dapat mengesan rasa pedas tetapi dapat mengesan pembakaran akibat kepedasan. Kompaun yang terlibat dalam menghasilkan rasa ‘terbakar’ yang dicetuskan oleh makanan pedas dipanggil sebagai kapsaisinoid (capsaicinoids) atau lebih dikenali sebagai kapsaisin. Kompaun ini sangat banyak terdapat dalam cili-cili pedas.

Apabila lidah kita didedahkan dengan kapsaisinoid, ia akan bertindak balas dengan reseptor penting yang dipanggil TRPV1 yang terletak di atas permukaan sel saraf. TRPV1 adalah penting kerana ia bertindak seolah-olah seperti termometer kepada sel-sel. Ia mengesan suhu sekitar dan memaklumkan ke otak dengan cepat. Otak kemudiannya bertindak dengan tindakan yang sepatutnya untuk menyesuaikan dengan perubahan suhu.

Biasanya, TRPV1 akan aktif apabila suhu atau kepanasan badan meningkat seperti apabila seseorang berada di sekitar api. Otak kemudiannya bertindak balas dengan melakukan mekanisma penyejukkan termasuk menghasilkan peluh. Kepedasan dapat mengaktifkan reseptor TRPV1 yang mana menyebabkan otak secara tidak lansung akan berfikir bahawa badan mengalami kepanasan yang tinggi. Disebabkan itulah badan akan mengeluarkan peluh apabila kita makan makanan yang sangat pedas. Pada saat kepedasan yang sangat tinggi, peluh keluar daripada semua liang-liang pada kulit termasuk hidung dan mata.

Serbuk cili menyebarkan kapsaisinoid sebagai mekanisma benteng pertahanan. Rasa ‘terbakar’ dapat menghalang mamalia dan sesetengah kulat daripada memakannya. Walaubagaimanapun, kompaun ini hanya bertindak balas dengan tisu mamalia dan burung-burung. Biji cili yang dimakan oleh burung akan diluahkan semula akibat tindak balas kepedasan. Proses ini secara tidak lansung menjadi ejen penyebaran biji benih yang menjamin kelansungan pembiakkan pelbagai spesis cili.

Ironinya, kapsaisinoid sebenarnya diperolehi daripada kompaun vanillin, sangat sama dengan kompaun yang memberikan rasa manis vanilla dan baunya! Tambahan juga, adalah sangat sukar bagi kapsaisin untuk larut dalam air yang mana ia menjadi sebab kenapa air tidak mampu memadankan kepedasan. Apa yang dapat memadamkan ‘api’ kepedasan adalah susu kerana susu mempunyai kandungan lemak yang dapat melarutkan kapsaisin dengan efektif dan seterusnya meredakannya dengan cepat. Walaubagaimanapun, kenapa kita masih lagi ketagih untuk makan makanan yang menyebabkan kita separuh mati menahan kepanasannya?

Penghalang rasa sakit

Ketagihan makan makanan pedas bukanlah seperti ketagihan nikotin dan kafein. Ini kerana jika anda tidak mendapatkan makanan bersambal, ia tidak akan menyebabkan anda merasa gelisah dan tidak menentu seperti jika penagih yang tidak mendapatkan nikotin. Namun, efek nurologi yang diberikan oleh kapsaisin tetap akan menyebabkan sedikit keinginan untuk mendapatkannya.

Sudah kita ketahui bahawa kapsaisin cuba mencetuskan otak agar berfikir bahawa tubuh mengalami rasa panas dan seterusnya merasakan kesakitan. Untuk mengurangkan rasa sakit ini, otak kemudiannya melepaskan neurotransmitter yang dipanggil endorfin yang mana selalunya digunakan oleh tubuh untuk mengurangkan kesakitan secara semula jadi dan mengurangkan tekanan. Endorfin meleraikan rasa sakit dengan menghalang kemampuan saraf untuk menghantar isyarat sakit.

Pada masa yang sama, otak juga mengeluarkan dopamine, neurotransmitter yang meransang rasa kepuasan dalam diri. Rasa inilah yang menyebabkan anda menambah nasi berpinggan-pingan dengan lauk yang pedas. Semakin pedas makanan, semakin tinggi kepedihan dan lebih banyak benteng untuk melawan kepedihan dan akhirnya mengahasilkan rasa kepuasan yang lebih.

Sesuatu yang anda perlu tahu bahawa terdapat bam berangin untuk mengurangkan rasa sakit-sakit sendi dan otot yang mempunyai kandungan kapsaisin! Reseptor TRPV1 sebenarnya terdapat di banyak tempat di seluruh tubuh anda yang dengan sebab itulah anda merasai rasa ‘terbakar’ di banyak tempat. Perlu diambil perhatian, sesetengah bahagian tubuh anda sangat sensitif dengan impak kapsaisin dan boleh menyebabkan efek yang teruk. Oleh itu, selepas anda memegang cili, jangan lupa untuk membasuh tangan sebaik-baiknya sebelum memegang mata anda.

Sumber: Science abc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *