menguap

Kenapa dan bagaimana hendak mengatasi Menguap

Sila kongsikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Teori

Kenapa dan bagaimana hendak mengatasi menguap?

Anda boleh menguap jika anda berfikir tentangnya. Tindak balas ini berlaku kepada semua orang termasuklah binatang dan ia tidak mampu ditahan dan tidak dapat dikawal.

Terdapat banyak teori berkenaan dengan mengapa manusia menguap. Salah satu teori yang popular adalah ia merupakan tindak balas tubuh yang memerlukan lebih oksigen. Teruskan membaca untuk mengetahui apakah sebab-sebab lainnya!

Anda menguap walaupun tidak letih?

Salah satu teori sains mengenai mengapa kita menguap adalah disebabkan penyesuaian suhu otak. Pada tahun 2014, satu kajian dalam bidang fisiologi dan karakter telah membuat pemerhatian terhadap tabiat menguap bagi 120 orang dan kebanyakkan daripada mereka kurang melakukannya semasa musim sejuk. Ini kerana, jika suhu otak melebihi tahap suhu yang normal, dengan menghirup udara akan membantu menyejukkannya.

Jika anda menguap ketika letih, ini bermakna otak anda berfungsi perlahan dan menyebabkan suhunya menurun. Jika anda menguap ketika bosan, ini bermakna otak anda tidak diransang dan mula menurun menyebabkan suhu juga menurun. Jika anda menguap ketika melihat orang lain menguap, ini disebabkan anda berkongsi persekitaran yang sama dengan mereka yang mana mempunyai suhu yang sama.

Cara untuk mengatasi menguap

1. Bernafas dengan dalam

Cuba menarik nafas dalam-dalam melalui hidung. Tubuh anda mungkin memerlukan lebih oksigen.

2. Membuat gerakan badan

Membuat aktiviti luar daripada rutin juga dapat meransang otak anda. Keletihan, kebosanan dan tekanan serta pengambilan kafein yang banyak juga akan menyebabkan kita lebih banyak menguap.

3. Sejukkan dirimu

Anda juga mungkin boleh mengambil masa sedikit untuk berjalan-jalan di luar di tempat yang lebih sejuk suhunya. Jika tidak, minum sedikit air sejuk atau ambil sedikit makanan snek sejuk seperti buah-buahan.

Terdapat banyak teori berkenaan dengannya. Kajian terkini mendedahkan bahawa ia merupakan tindak balas tubuh untuk menyeimbangkan suhu otak. Anda juga mungkin mendapati akan lebih menguap ketika anda tidak mendapat tidur yang mencukupi dan merasa letih.

Sumber: Healthline.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *