Jangan perah uncang teh dalam air panas?

Sila kongsikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jangan perah uncang teh dalam air panas?

Teh merupakan antara minuman pilihan terutama semasa sarapan pagi. Namun pernahkah anda mendengar petua bahawa jangan memerah uncang teh ketika direndam di dalam air panas? Mungkin juga anda dapati sesetengah produk menuliskan arahan supaya elakkan daripada memerah uncang teh selepas direndam beberapa ketika.

Apakah itu uncang teh?

Kebanyakkan produk serbuk teh menggunakan uncang yang terkandung daun teh atau bahan daripada tumbuhan yang dikeringan yang mana apabila direndamkan di dalam air panas ia akan menghasilkan teh yang berbau harum. Umumnya, uncangnya diperbuat daripada kertas turas atau jenis plastik yang selamat jika bersentuhan dengan makanan.

Asal uncang teh

Uncang teh telah digunakan sejak abad ke-8 iaitu dalam era dinasti Tang. Pada ketika itu, kertas uncang dilipat dan dijahit dalam bentuk segi empat supaya rasa aroma teh dapat dipelihara untuk jangka masa lama. Akhirnya menjadi asas kepada pembuatan uncang teh hingga ke hari ini.

Perah uncang teh dalam air panas?

Seperti yang ditulis di atas, betulkah jangan memerah uncang teh di dalam air panas? Jawapannya mudah berdasarkan kepada konsep asas kimia.

Teh mempunyai kandungan yang dipanggil tanin. Tanin merupakan kumpulan kompaun yang pelbagai yang terdapat dalam pelbagai jenis tumbuhan. Lebih jelas lagi, tanin merupakan kelas molekul ‘astrigent polyphenolic’ yang terikat dan menghasilkan protein.

Banyak buah-buahan dan sayuran yang mengandungi tanin termasuklah buah delima, pelbagai jenis beri, kekacang, cengkih, vanila dan lain-lain yang mana dapat memberi manfaat kepada kesihatan.

Walaubagaimanapun, ia juga menjawab persoalan mengapa perlu dielakkan memerah uncang teh di dalam air panas. Apa yang anda perlu tahu, apabila merendam uncang teh dalam air panas, sedikit tanin yang terkandung di dalam daun teh akan keluar dan bercampur dengan air. Tetapi kebanyakkannya akan kekal berada di dalam bahan kering teh tersebut. Apabila anda memerah uncang teh, kandungan tanin akan keluar dengan lebih banyak ke dalam air. Hasilnya, teh yang anda buat akan menjadi lebih pahit atau menjadi lebih ‘kuat’.

Namun, mungkin sesetengah orang sukakan teh yang lebih pahit. Dengan itu, mereka akan memerahnya untuk mengeluarkan kandungan tanin dalam minuman. Oleh itu, ia boleh dipilih sama ada anda ingin mendapatkan teh yang tidak terlalu pahit dengan mengelakkan memerah uncang atau anda memilih untuk menikmati teh yang pahit dengan memerah uncang.

Sumber: Science abc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *