doa untuk orang sakit

Doa untuk Orang Sakit berserta Adab-adabnya

Sila kongsikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Terdapat hak dan keperluan sahabat kita yang perlu kita penuhi terutamanya apabila dia dalam keadaan yang tidak sihat ataupun ditimpa musibah dan masalah. Oleh itu, salah satu anjuran agama adalah untuk menjenguk orang tersebut dan mendoakannya. Nabi SAW juga telah mengajarkan satu doa iaitu doa untuk orang sakit yang perlu kita hafal ucapkan ketika bertemu dengan orang yang sakit.

Doa untuk orang sakit juga bukanlah sekadar doa yang kosong, tetapi kita juga perlulah memaknai doa tersebut. Kerana di dalamnya terdapat satu kandugan tauhid yang perlu kita imani iaitu kesembuhannya hanyalah boleh dikurniakan oleh Allah SWT. Jika Allah tidak mengizinkannya, maka kita akan terus berada di dalam kesakitan tersebut.

Tetapi perlu diketahui juga bahawa setiap musibah yang berlaku ataupun sakit yang kita hadapi, ia akan menjadi penghapus dosa kita sehingga mana ia boleh menyucikan dosa-dosa kita dan kembali bersih ketika berjumpa dengan Allah SWT.

Doa untuk orang sakit

Terdapat juga doa yang diolah untuk memudahkan pembacaan.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُ وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya: “Ya Allah, tuhan kepada manusia, hapuskanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain” (HR Bukhari dan Muslim).

Adab menziarahi orang sakit

Terdapat beberapa adab yang perlu diketahui dan diikuti ketika mana menziarahi orang yang sedang sakit. Ia adalah

1. Niat yang baik

Ketika mana menjenguk orang yang sakit, niat seseorang itu perlulah hanya semata kerana Allah SWT, memenuhi sunnah Rasullah. Ia bukan disebabkan niat kita untuk melukakan hatinya ataupun berpuas hati kerana seseorang itu sakit.

Ia juga perlu supaya amalan kita menjenguk dan menziarahi saudara muslim yang sedang sakit ini diterima sebagai ibadah kepada Allah SWT

2. Segera mengunjunginya

Jika seseorang sahabat itu sakit, maka perlulah kita bersegera mengunjunginya kerana ia boleh menyebabkan dia terasa hati.

Sebab itu ada pepatah yang menyatakan, kawan itu hanya diperlukan ketika sihat. Tetapi ketika ditimpa musibah ataupun penyakit, dia hilang tidak kelihatan.

Maka, segeralah menziarahi sahabat yang sedang sakit untuk menghiburkan hatinya

3. Mencari waktu yang tepat

Waktu yang tepat amatlah penting ketika menziarahi seseorang yang sedang sakit. Kerana ia boleh mengganggu sahabat tersebut jika kita ziarah tidak kena pada masanya.

Adapun waktu yang sesuai untuk menziarahi mereka adalah pada waktu pagi. Dan perlulah kita menghubungi pesakit terlebih dahulu bertanyakan pada waktu sekian-sekian mereka boleh luangkan masa ataupun tidak.

4. Bertanyakan keadaannya

Bertanyakan keadaan seseorang adalah sesuatu perkara yang ditekankan sama ada seseorang itu sihat, apatah lagi jika dia di dalam musibah ataupun kesakitan.

Perkara ini akan menimbulkan rasa ukhuwwah diantara dua saudara islam dan mengeratkan lagi hubungan diantara satu sama lain. In juga bertepatan dengan perbuatan rasulullah SAW yang suka bertanyakan keadaan sahabat sahabatnya.

Pada suatu saat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjenguk seorang sahabat yang sedang sakit. Beliau bertanya:“Bagaimana keadaanmu?” Ia menjawab: “Demi Allah, wahai Rasulullah, sesungguhnya aku berharap (rahmat) Allah, namun aku takut akan dosa-dosaku.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan: “Tidaklah dua hal tersebut (rasa harap dan takut) terkumpul pada hati seorang hamba pada keadaan seperti ini, melainkan Allah akan beri apa yang ia harapkan dan Dia curahkan keamanan dari apa yang ia takuti”. (Hadis hasan riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah)

5. Memberikan hadiah kepadanya

Salah satu perkara yang penting adalah untuk mengambil hati sahabat kita yang sedang sakit tersebut. Salah satu caranya adalah dengan memberi hadiah. Hadiah tersebut mestilah sesuatu yang disukai dan bertujuan untuk menceriakan sahabat kita.

6. Mendoakannya

Setelah berbicara, bersembang dan bersilaturrahim kepada sahabat kita, perlulah kita doakan dengan doa untuk orang sakit bagi tujuan diberi kesembuhan kepada pesakit dan mengingatkan balik kepada sahabat kita bahawa kesembuhan ini hanya datang dari Allah SWT.\

Kalau boleh, ketika mana kita membaca doa selepas solat, kita disarankan untuk membaca juga doa supaya sahabat itu diberi kesembuhan juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *