solat sunat rawatib

Cara melakukan Solat sunat rawatib berserta niat-nya

Sila kongsikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Solat sunat Rawatib adalah solat sunat yang dilakukan sebelum ataupun setelah solat fardhu. Ia merupakan pelengkap kepada solat fardhu yang kita lakukan.

Sama seperti ibadah yang lain, akan ada sedikit kekurangan ataupun kesempurnaan pada ibadat tersebut terutamanya ibadat solat fardhu. Ia mungkin terkurang disebabkan kurangnya khusyuk, salahnya bacaan dan sebagainya.

Disebabkan Allah SWT suka kepada kesempurnaan, maka perlulah kita mencantikkan solat tersebut dengan solat sunat rawatib supaya solat fardhu kita kurang cacat celanya.

Perkataan Rawatib berasal dari kata akar ‘Raatib’ yang bermaksud berterusan(continuity). Oleh kerana itu, ia adalah solat sunat yang dilakukan beringan dengan solat fardhu seolah-olah solat tersebut berterusan.

Hadith yang menekankan keutamaan dan kelebihan solat Rawatib.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)

Solat sunat Rawatib berserta bilangan rakaatnya

1. Solat Rawatib sebelum solat fardhu subuh – 2 rakaat
2. Solat Rawatib sebelum solat fardhu Zohor – 2 atau 4 rakaat
3. Solat Rawatib selepas solat fardhu zohor – 2 atau 4 rakaat
4. Solat Rawatib sebelum solat fardhu asar – 2 atau 4 rakaat
5. Solat Rawatib selepas solat fardhu maghrib – 2 rakaat
6. Solat Rawatib selepas solat fardhu isyak – 2 rakaat

Apabila ada kekuatan, lakukanlah solat sunat rawatib sebanyak 4 rakaat bagi solat sunat rawatib yang diperbolehkan

Perlu diingatkan solat sunat rawatib perlulah dilakukan ketika mana telah masuk waktu solat tersebut.

Cara dan langkah melakukan solat sunat rawatib

1. Cara melakukan solat ratib ini sama seperti melakukan solat subuh yang mempunyai dua rakaat. Jika anda ingin melakukan 4 rakaat, maka perlulah dibuat 1 salam untuk 2 rakaat.

2. Niat solat sunat rawatib:

-Solat sunat rawatib sebelum(Qabliyah) solat fardhu

Maksudnya: Sahaja aku melakukan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat, kerana Allah Taala.

– Solat sunat Rawatib selepas(Ba’diyah) solat fardhu

 

Maksudnya: Sahaja aku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua rakaat, kerana Allah Taala.

3. Surah yang boleh dibacakan

Rakaat pertama: Surah al-kafirun
Rakaat kedua: Surah al-ikhlas, al-falaq, an-annas

4. Selepas dari solat, bacalah doa selepas solat seperti biasa.

Perlu diingatkan beberapa perkara:

  • Solat sunat rawatib perlu dilakukan ketika masuknya waktu solat fardhu tersebut
  • Solat sunat rawatib lebih diutamakan untuk dilakukan dirumah
  • Jika solat tersebut adalah 4 rakaat, ia perlulah dilakukan secara 1 salam untuk 2 rakaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *