bayi kuning

Bayi Kuning: Apa yang anda perlu tahu dan Rawatan nya

Sila kongsikan
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jika bayi yang anda baru lahirkan mempunyai kulit yang kekuningan, bahkan matanya juga kuning, dia mungkin sedang mengalami satu keadaan yang dipanggil sebagai jaundis. Ia mungkin membuatkan anda risau. Tetapi ibubapa perlu tahu bahawa ia merupakan keadaan yang selalu berlaku pada bayi yang baru lahir. Selalunya ia boleh pulih dengan sendirinya tanpa memerlukan rawatan. Kadangkala jika ia tinggi sedikit, bayi perlu menjalani terapi cahaya(phototherapy) untuk mengurangkan masalah bayi kuning tersebut.

Bayi kuning ataupun jaundis berlaku disebabkan satu kampoun bernama bilirubin menjadi tinggi di dalam darah. Ia merupakan salah satu kompaun yang terhasil disebabkan kematian sel darah merah dalam badan.

Apakah punca kekuningan pada bayi?

Sel darah merah akan mati dan digantikan dengan sel darah merah yang baru setiap hari. Kompaun yang terhasil disebabkan kematian sel darah merah adalah bilirubin dan menjadi tugas hati untuk menyingkirkannya daripada dalam darah. Ketika mana bayi anda masih dalam kandungan, fungsi itu kebanyakannya dijalankan oleh hati anda. Tetapi setelah bayi itu lahir, hatinya sendiri akan cuba menyingkirkan kompaun itu dari dalam darah.

Ada sesetengah bayi yang mempunyai hati yang belum matang sepenuhnya menyebabkan kemampuan untuk menyingkirkan kompoun bilirubin tidak begitu efektif. Ini menyebabkan jumlah bilirubin dalam darah meningkat dan menyebabkan kekuningan pada bayi.

Bilirubin pada tahap yang tinggi boleh merosakkan otak.

Bayi anda mungkin mengalami jaundis disebabkan:

  • Hati yang belum matang sepenuhnya.
  • Lahir tidak cukup bulan
  • Tidak cukup mendapat susu ibu atau
  • Bahan dalam susu ibu yang boleh menyebabkan anak kekuningan

Bayi kuning selalunya berlaku pada hari yang ke-2 ataupun ke-3. Tetapi jika ia berlaku dalam 24jam, ia mungkin disebabkan sesuatu penyakit yang serius dan perlu dalam perhatian doktor di hospital.

Beberapa penyakit yang boleh menyebabkan kuning dalam waktu 24jam adalah:

  • Pendarahan pada bayi. Selalunya pendarahan pada bahagian kulit kepala. Perkara ini selalunya berlaku ketika mana bayi tersebut lahir dengan bantuan vakum
  • Jangkitan kuman pada bayi
  • Masalah hati
  • Rhesus negatif
  • Ibu yang mempunyai darah jenis O

Anak anda lebih mudah untuk mendapat kekuningan jika :

  • Dilahirkan sebelum 37 minggu (tidak cukup bulan/Kelahiran pra-matang)
  • Mengalami masalah untuk menyusu
  • Adik beradiknya yang terdahulu mempunyai masalah kekuningan

Apakah tanda yang akan dialami oleh anak saya?

Selalunya kekuningan ini akan bermula dibahagian muka. Tahap bilirubin yang meningkatkan akan menyebabkan kekuningan ini turun ke badan, tangan dan kebahagian kaki.

Jika kuning tersebut sudah sampai ke bahagian kaki, bermaksud kuning yang dialami oleh pesakit adalah pada tahap yang tinggi.

Ibubapa perlulah membawa bayi pergi ke klinik walaupun kekuningannya baru kelihatan di bahagian muka.

Darah pesakit akan diambil untuk melihat tahap bilirubin yang pesakit ada

Apakah Rawatan bagi masalah bayi kuning?

Selalunya masalah bayi kuning yang tidak terlalu tinggi boleh pulih dengan sendirinya setelah seminggu hingga ke 2 minggu tempoh kelahiran.

Namun terdapat beberapa jenis rawatan yang perlu diberikan pada pesakit jika bacaan bilirubinnya tinggi. Rawatan tersebut adalah:

  • Terapi cahaya (phototherapy): Bayi akan diletakkan dibawah lampu berwarna biru. Cahaya yang terhasil mempunyai frekuensi tertentu yang akan menyebabkan kompaun bilirubin berubah kepada kompaun lain yang larut air. Ini akan memudahkan ia disingkirkan oleh bayi melalui air kencing
  • Penukaran darah (Exchange transfusion): Jika bacaan bilirubin terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan kompaun bilirubin masuk ke dalam bahagian otak dan menyebabkan kerosakan dibahagian tersebut. Oleh sebab itu, penukaran darah perlu dilakukan untuk menukarkan darah yang mempunyai tahap bilirubin yang tinggi dengan darah yang rendah bilirubin.

Selain itu, ibu juga dinasihati untuk memberi susu badan secukupnya untuk mengurangkan kekuningan pada bayi.

Kesimpulan

  1. Jika bayi anda nampak kekuningan, terus pergi ke klinik untuk mengesahkan anak anda kekuningan ataupun tidak
  2. Jika kuning dan dibenarkan pulang, anda perlulah kerap menyusukan anak anda supaya kekuningan itu boleh disingkirkan melalui air kencing dan juga najis pesakit.
  3. Untuk anda mengetahui susu bayi cukup ataupun tidak bagi bayi, anda boleh memerhatikan bayi. Bayi yang kenyang selalunya akan melepaskan puting dengan sendirinya dan tidak akan menangis. Pampers bayi juga akan berat disebabkan dia kencing ataupun berak. Kalau anda perlu tukar pampers lebih dari 3 kali sehari, ia bermaksud susu anda cukup
  4. Berdoalah dengan doa diberi kesembuhan penyakit agar penyakit itu pulih dengan segera.

Rujukan:

CDC: “Jaundice Alert: What Every Parent Needs to Know.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *